Monday, February 22, 2010

Doctor-to-be Made In Egypt...

Memohon doa semua untuk perjuangan ini.

Alhamdullilah,Semester ke-2 baru sahaja bermula. Begitu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang cuti dua minggu. Tidak sempat untuk mencoretkan semua yang berlaku. Biarlah menjadi kenangan dalam diari hidup ini. Cuti dua minggu berlalu begitu pantas. Bila sahaja kaki melangkah ke pintu Gamaah(universiti) terasa begitu lama tidak kembali ke situ. Lama tidak melihat Doktor-doktor,dewan kuliah,dan bas yang menuju ke Gamaah. Rindu juga bila setiap kali melintasi Gamaah. Namun hari ini,dapat kembali lagi meneruskan perjuangan disitu. Bahang kepenatan masih belum hilang.

Dari Imam Syafie:
"Ilmu itu ada dua jenis:ilmu kefahaman agama untuk kesejahteraan akhirat dan ilmu perubatan dan kesihatan badan untuk kesejateraan dunia"

Dari Ibnu Rusyd:
"Sesiapa yang mendalami ilmu anatomi maka bertambahlah keyakinannya dengan Allah Taala"

Menceburi bidang Perubatan adalah antara bidang yang besar manfaatnya. Cukuplah dalil diatas menyokongnya. Tergolong dalam mereka yang terpilih untuk berada di bidang ini memang sesuatu yang perlu disyukuri. Kalau ditanya kebanyakan pelajar-pelajar sekolah tentang cita-cita mereka pasti kebanyakan mereka ingin menjadi doktor. Doktor sinonim dengan seseorang yang boleh mengubati penyakit walaupun pada hakikatnya kesembuhan itu datangnya dari Allah namun "doktor" menjadi perantara kepada misi tersebut.Hadis Rasullullah berbunyi:

"Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan bersamanya(penyakit itu) penyembuhan(syifa')"

Fenomena di Mesir,dengan kebanjiran pelajar PERUBATAN telah membawa satu evolusi dan reformasi. Pelajar dari Malaysia bagaikan dianggap anak emas bagi semua universiti termasuk Al-Azhar sendiri. Manakan tidak semua Fakulti Perubatan di setiap univerisiti mempunyai "Dewan Kuliah" khas untuk pelajar-pelajar Malaysia. Tidak bercampur dengan Arab mahupun yang lain. Kondisinya seperti kuliah di Malaysia. Pelajar-pelajar malah diberi layanan istimewa dan dihormati oleh sesetengah Doktor-doktor kerana pelbagai faktor.

Hakikat sebenar bagi mereka yang sudah masak dengan pelbagai karenah disini akan memahami situasi akan di hadapi pada masa hadapan. Doktor-doktor kelahiran Mesir sebenarnya akan berdepan pelbagai situasi yang perlu diatasi dengan sebaiknya. Pelajar-pelajar PERUBATAN disini perlu sedar akan cabaran yang akan menjegah mereka pada masa akan datang. Yuran yang berpatutan juga kelayakan yang agak mudah telah membawa Mesir sebagai destinasi pertama pelajar-pelajar Malaysia. Tidak kiralah Perubatan,Pergigian mahupun Farmasi. Disamping kos hidup yang agak berpatutan.

Cabaran-cabaran
Bakal-bakal doktor kelahiran Mesir ini sebenarnya akan berdepan dengan cabaran yang besar pada masa depan. Saya bawakan kondisi sebenar pelajar-pelajar disini. Pertama, kehadiran ke kuliah yang tidak diwajibkan telah membuka ruang kepada pelajar disini tidak hadir ke kuliah. Sesetengah memberi alasan lebih senang belajar sendiri. Kedua,sistem pembelajaran yang lebih kepada penghafalan daripada faham kadangkala memberi kesan kepada sesetengah pelajar. Sistem ini masih bertahan sejak beberapa abad lamanya.Ketiga, belajar teori lebih banyak daripada aplikasi. Keadaan ini telah menyebabkan kebanyak Doktor-doktor Mesir dicop sebagai mereka yang berstatus rendah,tidak berkelayakan. Keempat,masalah pengurusan universiti yang kadang kala menaikkan darah.Keenam,cabaran yang lain ialah pelajar-pelajar disini perlu berdepan dengan suasana Mesir yang penuh mencabar dan perlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi. Bagi mereka yang sudah masak,semua itu sebahagian dari kehidupan.Tidak perlu dicoret panjang takut memburukan bumi Mesir yang penuh barakah ini. Almaklum Mesir dihuni oleh dua golongan berdasarkan sejarah iaitu Nabi Musa dan Firaun. Begitulah yang boleh diibaratkan.

Namun itu semua bukan alasan untuk saya tidak memilih Mesir sebagai destinasi pengajian saya. Saya bercita-cita ke sini sebaik sahaja tamat pengajian di Sekolah Menengah. Semua bergantung pada sendiri yang menentukan masa depan mereka. Masakan takdir Allah dan aturan Allah itu adalah sesuatu yang sia-sia. Panjang lagi perjalanan saya selepas ini. baru sahaja menghabiskan satu per dua belas perjalanan hidup disini. hari-hari yang dilalui disini malah ujian sebagai satu kelebihan untuk meningkatkan kualiti diri. Biarlah apa orang nak kata. Doakan saya moga terus diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan disini. Saya punya cita-cita disini. Cabaran-cabaran perlu dijadikan kekuatan unutuk terus maju.
Doakan saya di Semester Dua ini.
 
IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.

_________________________________________________

Lately during Holiday.

1)Hari Keluarga dan Mahabbah Anak-Anak Terengganu,HIKMAT 2010.
Di Kompleks Rumah Terengganu anjuran Keluarga Penuntut Terengganu (KPT)
WE are SIBLING WE are FAMILY(click here)

2)3rd Seminar Perubatan di Universiti Kaherah (17-18 Februari 2010)

3)Daurah Kitab Tasawuf bersama Syeikh Rohimuddin Al Nawawi Al Banteni,sekarang Syeikh dirumah Terengganu dengan Kuliah Tafsir Syeikh Qadir Jalaini.
Syeikh Rohimuddin Al Nawawi Al Banteni

***Kebanyakan Masa dihabiskan di rumah,belum berkesempatan untuk menjelajah Mesir lagi.

2 comments:

Ibn Hassim said...

Salam Dr Afuza..

Segannyer ana ngan Dr Afuza..hehe

Moga mnjdi Dr yg dpt bg smbgn tuk Islam bla plang ke Tanah Air kelak...^_^

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment