Tuesday, August 11, 2009
BERITA MENGGEMPARKAN!!!!
Tabarakallah...........
Menceritakan pengalaman aku mengambil lesen kereta...
dah setahun aku tinggalkan proses mengambil lesen aku kerana menyambung belajar,menyebabkan aku hilang banyak skill dalam pemanduan. Juga mengundang satu penyakit baru pada setiap kali aku memandu iaitu GUGUP (hahaha)...tapi untuk mendapat lesen kereta aku teruskan niat ku untuk mendapatkan lesen ini. Alhmdullilah akhirnya aku berjaya sampai ke tahap terakhir dalam proses mengambil lesen kereta iaitu ujian bersama Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ). Saat ditunngu suadah tiba. Pagi yang penuh debaran menanti nama kau dipanggil...
Pagi itu suasana riuh rendah dengan suara masing berhimpun menghitung waktu seperti aku sehingga nama mereka dipanggil. Hati aku berdoa moga kau lulus ujian ini. Niat aku mengambil lesen ini atas untuk membantu MAK+ABAH menguruskan kehidupan seharian mereka,mengmbil dan menghantar adik2 ke sekolah,dan mungkin membeli lauk pauk di pasar juga aku berharap dengan lesen ini aku mampu ke majlis ilmu dan pengajian dan ke masjid yang terdekat.
Aksi yang mendebarkan diteruskan......
Aku terus menanti nama aku dipanggil, dengan sabar dan selalu berdoa dalam hati moga aku lulus ujian ini. Perkara yang paling aku kurang suka ialah "menunggu" tapi disebalik itu tersimpan beribu hikmah iaitu melatih aku untuk bersabar dan menguji keimanan aku. Tepat jam 12, ketika matahari sedang tinggi melangit,membakar bumi dan isinya...nama kau dipanggil, ketika itu terasa seperti darahku hilang dari badanku. Ku teruskan langkah mengmbil borang untuk Ujian Pertama(bukit dan parking).
Sebelum itu aku ditegur oleh seorang pegawai JPJ kerana tidak "tight-in"."mu nk gi mane tu paka gitu?nk gi pasor ke??". Teringat lagi dialog tu. Apabila tiba giliran itu aku menghidupkan enjin kereta dengan lafaz BASMALLAH. Ku mulakan golekkan tayar menuju ke bukit. Dalam hati aku berdoa moga kau lulus ujian ini."SIGN GERAK". ku tekan minyak dan brek. "nama dan no ic" kata pegawai tersebut. baru hendak bersuara "awak buat balik,saya xpuas hati ar.awk brek dua kali tadi". Ape lagi aku undurkan kereta aku. Alhamdullilah aku lulus ujian pertama ini. terima kasih ya Allah..
Tapi debaran aku belum lagi tamat.....Ujian Kedua(jalan raya) menanti..
Hati aku terus berdoa moga aku lulus ujian ini. Agak kepenatan menanti nama aku dipanggil untuk kali yag keduanya. Mana tidak nya dari pagi sampai petang, tapi demi meneruskan niat aku,sabar adalah kuncinya..
Dipendekkan cerita,waktu itu tinggal nama kau yang terakhir dipanggil. Kepenatan menguasai diri. Aku hilang fokus,hilang keyakian tapi aku teruskan langkah. "ujian bermula" kata pegawai. Aku mula menggelabah tahap cipan. Mana satu harus aku mulakan. Kemudian tayar mula bergolek. menuju ke bukit..........
"saya bagi satu lagi peluang" pegawai naik berang kerana kereta kau tetibe je mati.
Perjalanan aku teruskan. Perjalanan kali ini lancar sehinggalah tiba di suatu simpang dalm 2 KM lagi aku kan menamatkan ujian ini. LAmpu merah tetiba bertukar hijau,aku masih jauh dari simpang tersebut tapi aku teruskan memecut laju...dan
hampir terlanggar tinag lampu isyarat. Terus sahaja pegawai itu bersuara "awk berhenti skrang kat tepi,awk nk gi mane2 laju ek" kau terdiam membisu seribu kata.
Niat aku mendapat lesn hari itu tergendala. Kesedihan menguasai diri. Tapi aku yakin KULLU MIN HABIBI KHAIR......
beribu hikmah yang tersingkap, biarpun gagal tapi aku banyak belajar perkara batu hari itu..
Tapi paling memedihkan trauma hampir terlanggar tiang Traffic light masih lagi jelas menguasai diri....
Dari situ aku belajar:
::NIAT memainkan peranan yang penting dalam melakukan pekerjaan::
::Sentiasa yakin pada diri::
::Tawakal adalah kunci kejayaan::
walaupun gagal tapi sentiasalah yakin akan janji Allah dan Qada' dan Qadarnya. Kita hidup kerana Allah bukan kerana dunia. Mengapa harus raya kecewa sedngakan TUhan lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk manusia bukan niat untuk menyeksa...
"216. kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
SALAM...
hihihi.
jangan risau, saya lagi terok kot.
memandu secara merbahaya, ala-ala f1 lagi
gagal teros
salam...ya Allah sedihnye dgr cerita awak ni.. hmm saya SANGAT SANGAT memahami perasaan fail ujian memandu. been there, done that. tp saya kagum dgn sifat redha kamu itu. sgt2 terharu. teruskan perjuangan? btw, apa maksud 'kuulu min habibi khair' ye?
oh maksud saya. 'teruskan perjuangan!' :)
saya xde lesen lg..
hehehehe..
cuaknyer nak ambik..
salam
rilek r syeikh
nak bwk kete ni perlu ketenangan
insyaAllah
ana pown fail gak firtime dlu...da bese bwk laju
terlaju la pulak bwk time 2
Post a Comment