Friday, January 15, 2010

Aku Dan Al-Azhar...

Part of Body of Lower Limb,
Aku tak habis study lagi,Exam dah dekat..


Mukadimah..
"The Winter has begin"  kata seorang doktor di universiti.
Huh..semua mengeluh panjang,memikirkan apakah winter akan tamat atau baru nak bermula,apa pula yang dirasai selama sebulan sebelum ini??.Namun perjalanan hidup perlu diteruskan dengan sabar.  Suhu yang kadang kala naik dan turun menyebabkan penyakit mudah merebak. Di kampung halamanku aka Mansoura sesetengah kuliah terpaksa cuti seminggu akibat bahana H1N1,sahabat2 ku disana juga ramai yang dihinggap virus selsema dan deman.Syafakumullah...
Bagi yang kali pertama merasai Winter ini agak menyeksakan dan memeritkan. Namun winter juga menjadi permulaan Fesyen2 Baju Panas yang agak murah dijual di mana sahaja. Port Said menjadi tempat utama memborong koleksi baju panas.Aku turut terkena bahang winter ini, kesejukan yang kadang kala membuatkan dadaku menjadi sebak dan kepala yang selalu pening membantut aktiviti seharian aku. Sudah beberapa kali aku tidak ke "sekolah". Aku gagahkan diri walaupun kadang kala jatuh dihempap "SaraToga" dan semua itu dianggap tarbiyyah diri dalam meneruskan perjalanan diri yang makin mencabar. Badan ini tidak boleh dimanjakan dengan nafsu diri takut makin meliar sehingga tidak mampu dikawal..Nauzubillah
Suasana Praktikal Anatomy

Aku Sudah Tua.
Alhamdullilah,sudah 16 hari,aku melangkah ke alam 20-an. Tanpa aku sedari, aku telah hidup di dunia ini selama 20 tahun 0 bulan 15 hari bersamaan 7320 hari. Sabda Rasullullah."manusia yang paling mulia,ialah mereka yang panjang umurnya dan makin baik amalanya". Namun, bila merenung dalam diri aku,begitukah diri aku?? Baru tadi sempat menghadiri Usrah bersama Ust Fahmi, beliau mengatakan dunia makin kiamat  Tersentap dengan kata2 tersebut kerana umur dan masaku banyak dihabiskan dengan perkara lagho.Islam mula bangkit dan melebarkan sayapnya. Terutamanya di Eropah,kebangkitan itu merisaukan org Kafir sehingga pelbagai cara dibuat sehinnga nampak Islam itu buruk pada pandangan masyarakat,namun tanpa disedari "Metod" yang mereka gunakan menimbulkan rasa prihatin Masyarakat kepada Islam juga membuka pintu untuk orang luar mula mengkaji tentang Islam.Alhmdullilah,namun berbeza pula yang menimpa Tanah Airku. seperti berada dalam keadaan kucar kacir. Takut juga jika difikir panjang. Sensitiviti Agama menjadi perkara pokok yang boleh menimbulkan pelbagai kejadiaan seperti Peristiwa 13 Mei mungkin ekonomi dan kehidupan seharian masyarakat juga terjejas.kegawatan ekonomi 1997 juga boleh berulang. Para Ulama dan pembawa agama mula dicabar dan dipandang hina,media menjadi aset utama meracun minda Masyarakat. Tabarakallah,adakah kita ambil tahu tentang umat Islam hari ini?? aku tinggalkan persoalan yang menuntut jawapan dalam diri kita, itulah yang melanda diri aku..

Mode Of Exam..
Alhmdullilah,genap sebulan aku berada di Universiti al Azhar,perjalanan Tarbiyyah diri yang agak mencabar. Penat.itulah yang selalu jiwa aku mengeluh. Kelas yang bermula seawal 8 pagi dan jarak rumah yang agak jauh menuntut Mujahadah yang tinggi. Bas,Trenco menjadi utama medium pergerakan kesana ke mari. Suasana didalam bas tidak lari seprti berada di pasar borong atau pasar malam. tengkingan dan jeritan manusia itu sudah dianggap biasa. Kesabaran menjadi senjata utama.
Suasana di Azhar sedikit berbeza di Mansoura. Kawasan Gamaah(uni) begitu sunyi seperti kami sahaja yang berada di sana namun itulah keunikan yang berada disana. Keadaaan kuliah yang hanya dipenuhi kaum sejenis pasti mewujudkan keadaan lebih berbeza. Pandangan mungkin lebih terjaga,namun masing2 menpunyai perangai dan karenah ynag berbeza. Pandangan sinis terhadap kami yang dianggap sebagai" pendatang" masih lagi wujud walaupun makin luntur. Tapi aku mula hilang kisah. Doktor2 disini juga mesra dan kadang2 seperti bapa sikap mereka. Mampu membuatkan suasana pembelajaran lebih seronok dan berjalan penuh harmoni.  Lidah mereka selalu memuji kebesaran Ilahi bila memandang kehebatan penciptaan berkaitan apa yang kami pelajari. Alhmdullilah,kadang2 itulah yang perlu diterapkan dan mesti diterapkan dalam pendidikan hari ini.
Tawaduknya seorang "Mualim". Teringat aku beberapa hari yang lepas,seorang Doktor Anatomy kami ber"sejuk"an menunggu bas pulang ke rumah.Tabarakallah..
Prof Wahid Yousry,waiting for bus.


Jiwa aku selalu menunjuk sifat seorang yang kufur bila selalu sahaja berdalih dikala hendak menaik dan menunggu bas.Faham2 sahajalah suasana didalam bas itu.Namun,kerana tawaduknya seorang 'Mualim' tidak berkira semua itu. Bila kita dah biasa senang,pastinya akan hilangnya sifat bersyukur bila adanya nikmat di depan mata kita yang berbeza dari kebiasaannya.Itulah Manusia yang kufur namanya.

Peperiksaan tinggal 2 minggu lagi. Bahang mula terasa. Akibat pengurusan masa yang kurang efektif maka terhasilah tekanan yang agak tinggi. Kelas tambahan yang dijanjikan tidak dapat dijalankan atas keterbasan waktu. Maka mula gelabah. Namun,aku tanamkan dalam diri,usaha aku tiada nilainya selain rahmat Allah yang mengiringi kehidupan ini. Selagi nikmat Masa ini masih diberikan,gunalah dengan sebaiknya. Jadual aku makin bertambah dengan kesibukan. Banyak perkara yang aku terlepas pandang hingga ada yang terasa dengan perlakuan kerana sudah lama tidak bertanya khabar.MasyaAllah,hilangnya Adab2 aku terhadap Manusia.Namun aku berjanji pada diriku selepas tamat sahaja Exam ini aku akan berhubung dengan mereka. Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk mereka ini.Timbunan Mesej dari Tanah Air juga tidak terbalas.Mesej wishing bestday juga menerima nasib yang sama.Aku mohon maaf.Namun percayalah,sahabat2 mahupun guru2 sentiasa dalam hati dan doa. Cuma masa belum mengizinkan untuk kita berhubung..
Aku tamatkan coretan disini atas keterbasan waktu...
Moga kita diberikan kesempatan untuk bertemu lagi....
Salam Kerinduan..

Musafir dikejauhan....


Hayaati...
Exam Week- 1Feb-4Feb 2010
Winter Break-6 Feb 2010
Jaulah Sinai-11 Feb 2010

Moga aku diberi kekuatan untuk menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya dan tidak menjadi orang kufur dengan nikmat kesihatan dan masa lapang...
p/s mohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan,halalkan segalanya,hanya mengharapkan doa dan keberkatan dari sahabat2 juga guru di mana jua anda berada..



Together with achieve our dream.iAllah,Hamzah comel..

1 comments:

mIra said...

assalamualaikum..afuzaa..
lm xdgr cter..
gud lak exm eh!!
xsangka plak afuza duk azhar..

Post a Comment