Wednesday, January 20, 2010

Hari ini.....

Ambil iktibar dan semangat dari pejuang-pejuang Islam..Allahuakbar

Tabarakallah...
Tinggal 9 hari lagi peperiksaan pertama aku di Azhar akan menjengah tiba. Masih banyak yang baki muka surat buku2 perubatan aku yang belum dibelek. Anatomy,Histology, Biochem dan Physiology. 4 subjek namun seperti mengambil 8 subjek. Namun itu bukan alasan untuk berjaya. Manusia akan mencari pelbagai alasan untuk menutup kesalahan dan kelemahan dirinya. Kesibukan sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan dalam hidup ini. Kerana kita diberi waktu yang sama, 24jam. Semua bergantung kepada kita menguruskan masa tersebut dengan sebaiknya. Adakah kita akan menerimanya sebagai satu amanah serta menunaikan hak2 terhadap masa tersebut??Tanyalah diri kita....

Hebatnya Ulama' silam kerana keberkatan waktunya. Mampu menulis beberapa kitab dalam masa sehari. Namun aku??Subhanallah......
Masa banyak dihabiskan dengan perkara lagho,hati telah bersangkut dengan dunia,hilanglah kenikmatan ibadat dan Amal kepada Allah.
Muhasabah diri....
Perjalanan seorang penuntut Ilmu memang penuh onak dan duri. Lumrah seorang pejuang akan sentiasa diuji dengan pelabgai ujian dan dugaan. Semua itu memerlukan persediaan Amal supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat Allah, sentiasa bergantung dengan Allah malah lebih dekat dan makin dekat dengan Allah bila diuji. Ujian dan dugaan bukan tanda Allah membenci malah sebagi satu tarbiyyah sebagai tanda kasih sayangnya. Yakinlah jika hari ini Allah menolongmu maka esok dan seterusnya Allah pasti bersamamu jika hatimu sentiasa dekat denganNYA

Pesan seorang Murobbi....

"Teguhkan Hati, Kuatkan Azam, Kukuhkan Keyakinan, Bulatkan Tekad dan Ikhlaskan Niat"
Jika kita pelihara kelima-lima perkara ini percayalah bahawa kita akan tergolong dalam golongan yang akan mencari ruang walau sesempit manapun untuk kekal istiqamah dalam perjuangan. Kalau 5 perkara ini tidak dipelihara, percayalah kita akan menjadi golongan yang sentiasa beralasan dan sentiasa mencari "dalil" untuk menyokong alasan yang membolehkan diri kita melepaskan amanah n tanggungjawab sebagai "pejuang"..

"Realisasikan Kejayaan
Moga Najah dalam Imtihan"

MOde Of Exam
*mohon doa dan keberkatan dari semua*



2 comments:

Anonymous said...

semoga sentiasa diberi kekuatan

Miss Zahidah Zakaria said...

salam singgah

best of luck in your exam
moga dipermudahkan ALLAH urusannya.

Post a Comment