Saturday, August 22, 2009

"KALAU TUHAN ADIL,MENGAPA ADA NERAKA??"





Salam Ramadhan untuk smua pembaca yang dikasihi,maga2 smua berada dalam rahmat dan ksih sayang Allah....
ediited story from someone....musyakir awi..
mg kita mendapat hidayah dariNYA

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Tuesday, August 18, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN

Firman Allah S.W.T:
“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) ”

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“ " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Tingal beberapa hari lagi kita semua ummat Islam yang memasuki MADRASAH RAMADAHAN. Bulan yang penuh barakah dan rahmah. Moga kta bersedia menghadapiNYA dengan penuh tenang dan tawadhuk.

"Ya Allah berikanlah aku tuk menikmati Ramadahan tahun ini dengan penuh insaf dan tawaduk,berikanlah aku kekuatan tuk melawan hawa nafsuku,berikanlah aku kekuatan tuk aku melaksanakan ibadatku,berikanlah aku kesempatan tuk bertemu dengan nalam lailatu qadar,moga Madrasah kali ini aku dapat keluar dengan IJAZAH yang membolehkan aku bertemu dengan Mu dengan tenang,bahagia disyurgaMu,ikhlaskan hatiku Ya Allah..aku mengharapkan redha dan rahmatMu..ameen............."




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, August 11, 2009

BERITA MENGGEMPARKAN!!!!



Tabarakallah...........
Menceritakan pengalaman aku mengambil lesen kereta...
dah setahun aku tinggalkan proses mengambil lesen aku kerana menyambung belajar,menyebabkan aku hilang banyak skill dalam pemanduan. Juga mengundang satu penyakit baru pada setiap kali aku memandu iaitu GUGUP (hahaha)...tapi untuk mendapat lesen kereta aku teruskan niat ku untuk mendapatkan lesen ini. Alhmdullilah akhirnya aku berjaya sampai ke tahap terakhir dalam proses mengambil lesen kereta iaitu ujian bersama Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ). Saat ditunngu suadah tiba. Pagi yang penuh debaran menanti nama kau dipanggil...

Pagi itu suasana riuh rendah dengan suara masing berhimpun menghitung waktu seperti aku sehingga nama mereka dipanggil. Hati aku berdoa moga kau lulus ujian ini. Niat aku mengambil lesen ini atas untuk membantu MAK+ABAH menguruskan kehidupan seharian mereka,mengmbil dan menghantar adik2 ke sekolah,dan mungkin membeli lauk pauk di pasar juga aku berharap dengan lesen ini aku mampu ke majlis ilmu dan pengajian dan ke masjid yang terdekat.

Aksi yang mendebarkan diteruskan......
Aku terus menanti nama aku dipanggil, dengan sabar dan selalu berdoa dalam hati moga aku lulus ujian ini. Perkara yang paling aku kurang suka ialah "menunggu" tapi disebalik itu tersimpan beribu hikmah iaitu melatih aku untuk bersabar dan menguji keimanan aku. Tepat jam 12, ketika matahari sedang tinggi melangit,membakar bumi dan isinya...nama kau dipanggil, ketika itu terasa seperti darahku hilang dari badanku. Ku teruskan langkah mengmbil borang untuk Ujian Pertama(bukit dan parking).
Sebelum itu aku ditegur oleh seorang pegawai JPJ kerana tidak "tight-in"."mu nk gi mane tu paka gitu?nk gi pasor ke??". Teringat lagi dialog tu. Apabila tiba giliran itu aku menghidupkan enjin kereta dengan lafaz BASMALLAH. Ku mulakan golekkan tayar menuju ke bukit. Dalam hati aku berdoa moga kau lulus ujian ini."SIGN GERAK". ku tekan minyak dan brek. "nama dan no ic" kata pegawai tersebut. baru hendak bersuara "awak buat balik,saya xpuas hati ar.awk brek dua kali tadi". Ape lagi aku undurkan kereta aku. Alhamdullilah aku lulus ujian pertama ini. terima kasih ya Allah..

Tapi debaran aku belum lagi tamat.....Ujian Kedua(jalan raya) menanti..
Hati aku terus berdoa moga aku lulus ujian ini. Agak kepenatan menanti nama aku dipanggil untuk kali yag keduanya. Mana tidak nya dari pagi sampai petang, tapi demi meneruskan niat aku,sabar adalah kuncinya..

Dipendekkan cerita,waktu itu tinggal nama kau yang terakhir dipanggil. Kepenatan menguasai diri. Aku hilang fokus,hilang keyakian tapi aku teruskan langkah. "ujian bermula" kata pegawai. Aku mula menggelabah tahap cipan. Mana satu harus aku mulakan. Kemudian tayar mula bergolek. menuju ke bukit..........
"saya bagi satu lagi peluang" pegawai naik berang kerana kereta kau tetibe je mati.
Perjalanan aku teruskan. Perjalanan kali ini lancar sehinggalah tiba di suatu simpang dalm 2 KM lagi aku kan menamatkan ujian ini. LAmpu merah tetiba bertukar hijau,aku masih jauh dari simpang tersebut tapi aku teruskan memecut laju...dan
hampir terlanggar tinag lampu isyarat. Terus sahaja pegawai itu bersuara "awk berhenti skrang kat tepi,awk nk gi mane2 laju ek" kau terdiam membisu seribu kata.

Niat aku mendapat lesn hari itu tergendala. Kesedihan menguasai diri. Tapi aku yakin KULLU MIN HABIBI KHAIR......
beribu hikmah yang tersingkap, biarpun gagal tapi aku banyak belajar perkara batu hari itu..
Tapi paling memedihkan trauma hampir terlanggar tiang Traffic light masih lagi jelas menguasai diri....

Dari situ aku belajar:
::NIAT memainkan peranan yang penting dalam melakukan pekerjaan::
::Sentiasa yakin pada diri::
::Tawakal adalah kunci kejayaan::

walaupun gagal tapi sentiasalah yakin akan janji Allah dan Qada' dan Qadarnya. Kita hidup kerana Allah bukan kerana dunia. Mengapa harus raya kecewa sedngakan TUhan lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk manusia bukan niat untuk menyeksa...


"216. kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Tuesday, July 28, 2009

PERJUANGAN YANG SETERUSNYA



MANSUORA UNIVERSITY OF EGYPT
KEPADA SAHABAT YANG MENGENALI ANA DAN JUGA EX-KMM08/09 di(UiTM,USM,USIM,UMT,UniMAP,UDM,USIM,UKM,UMP,UniMAS,UMS,UTM,UPM,IPG,dan etc)
Alhamdullilah wa syukurillah atas segala kurniaan rezeki,nikmat dan rahmat ke atas hmbaNYA...

Insyaallah perjuAngan yang seterusnya yang aku akan tempuhi ini atau dengar kata lainnya bakal menjadi mahasiswa salah sebuah universiti di MESIR/EGYPT. ana memohon maaf andai kata terlupa reply mesej2 antum(korang) semua sama ada di friendster/enset/dan sebagainya. Berat hati ini meninggalkan Malaysia. Terlalu byk memori terutamanya di KOLEJ MATIKULASI MELAKA. kepada sahabat-sahabat KMM yang ana kenali/atau xsempat nk mengenali antum(korang)dimane pun antum berada ana mohon maaf,halalkan makan minum,mohon maaf kerana gagal menjadi ketua yang baik,mohon maaf atas segala kesilapan. Insyaallah antunm semua sentisa DEKAT DI HATI dan doa ana.

Biiznillah ana kan meninggalakan Malaysia pada 29hb SEPTEMBER 2009. Ana akan menyambung jurusan bidang perubatan PROGRAM REGULAR,UNI.MANSOURA selama 6 Tahun. Ana sangat mengharapkan doa dari antum semua.

Andai kate ade sebarang masalah sila berhubung dengan ana melalui:
NO.TEL: 013-7041654 sehingga 29/9/2009
Yahoo Mesengger: ibnuidiris_abdullah@yahoo.com
Friendster/Facebook/Email:akuafuza_protaz@yahoo.com
Alamat: 6061-a kg kota Manir,21200 Kuala Terengganu,Terengganu
(kepada sesiapa yang nk kirimkan kad raya)

Ana menaruh kepercayaan kepada antum semua untuk menggunakan TALIAN tersebut dengan sebaiknya...

Posting ini sekadar makluman kepada antum semua,bkn berniat ape2.Ana harap antum semua selalulah menziarahi blog ini.Insyaallah kelapangan masa yang ada ana akan selalu update dan berkongsi sedikit sebanyak tentang MESIR,cerita,berita dan apa yang boleh dijadikan ilmu untuk menghilangkan kejahilan yang ade dalam diri kita semua. kepada yang mempunyai blog dan sebagainya maklumkanlah kepada ana. Ana mengharapakan respon dari antum semua. Moga2 ukhuwah yang terbina akan berkekalan.
Akhir kalam.sekali lagi ana memohon maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan diri.

"Ya Allah kurniakanlah kemudahan kepada sahabat2ku dalam proses pencerapan ilmu,pendidikan,ibadat dan kehidupan seharian"

p/s:ana bdk baru belajar menjadi blogger sbb tu kelam kabut skit

Syuhada Hijab' - Pergimu Tanpa Pembelaan Para Syahid



Monday, 13 July 2009 00:14
Perhimpunan umum bagi memperingati ‘syuhada hijab’ bakal berlangsung di Kaherah

Perhimpunan bagi bantahan berterusan dijangkakan akan diadakan di Kaherah lanjutan dari kes seorang wanita Mesir yang dibunuh di dalam sebuah bilik sidang mahkamah di Jerman minggu lepas. Wanita itu di beri gelaran sebagai ‘Syuhada Hijab’

Laporan mengatakan, Canselor Jerman, Angela Markel akan mengucapkan takziah di atas kematian Marwa Sherbini kepada pemimpin-pemimpin Mesir, pada Persidangan Kemuncak G-8 di Itali akan datang.

Marwa Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali di hadapan suami dan anaknya di dalam mahkamah itu oleh seorang lelaki yang disabitkan kesalahan jenayah membenci kaum.

Salah seorang wartawan BBC berkata, kemarahan semakin memuncak dan tapak-tapak perjumpaan sosial telah di gunakan untuk menganjurkan demonstrasi tunjuk perasaan.

Beribu-ribu hadirin yang amat marah dan meratapi kekejaman itu telah hadir ke upacara pengebumian Marwa Sherbini di Alexandria, pada Isnin lalu. Terdapat banyak lagi perhimpunan bantahan yang di lakukan selepas Solat Jumaat di ibukota Mesir.

Ibu hamil yang berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak kecil itu telah dibunuh dengan kejamnya di dalam mahkamah Jerman oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman.

Lelaki itu sebelumnya telah didenda kerana memanggil Marwa sebagai “terroris” kerana menutup auratnya dengan pakaian Muslimah (Hijab) ataupun tudung kepala, dan beliau hadir ke mahkamah itu untuk membuat rayuan ke atas tuduhan terhadapnya.

Suami Marwa dilaporkan telah di tembak oleh seorang polis di mahkamah itu ketika beliau cuba menyelamatkan isterinya dari di tikam bertubi-tubi oleh penjenayah itu. Keadaan beliau di laporkan kritikal dan tenat di sebuah hospital.

Kebanyakkan dari para peserta demonstrasi menganggap kes ini sebagai satu contoh ekstrem Islamophobia bangsa Eropah, terutamanya kerana jenayah ini tidak diendahkan dari awal lagi oleh orang-orang Jerman dengan reaksi ‘membisu’ mereka.

Pada hari Selasa lalu, seorang jurucakap kerajaan Jerman, Thomas Steg telah mempertahankan reaksi itu dengan menyatakan bahawa kerajaan Jerman tidak “berdiam diri” dan reaksi spontan yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan kerana maklumat awal kes itu kurang jelas dan tidak mencukupi untuk mereka bertindak.
“Ini adalah satu perbuatan keji, yang telah memberikan kami satu kesan yang mendalam dan amat memeranjatkan” tambah beliau.
Beliau mengatakan bahawa Canselor Merkel akan membincangkan mengenai insiden itu dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada Persidangan Kemuncak G-8 di Itali nanti.

Sumber: BBC News

Ulasan
Apakah perasaan kita apabila membaca kisah sebegini? SEDIH? MARAH? GERAM? Kisah tragis dan kelakuan biadap sebegini yang dilakukan ke atas Muslimah bukanlah satu perkara baru yang dihidangkan di hadapan mata kita. Penyelesaian yang diambil oleh umat Islam dengan hanya memilih ‘jalan aman’ ini juga bukanlah satu penyelesaian yang asing bagi kita setiap kali saudara-saudara Muslimah kita diperlakukan dengan kejam sebegini. Malangnya, umat Islam tidak pernah sedar, walhal ‘jalan aman’ inilah yang menyebabkan golongan kuffar ini terus-terusan berani menghina wanita Islam.

Lupakah kita akan peringatan Allah Subhanahu wa Taala kepada kita tentang kedudukan golongan kafir yang akan membenci kita sehingga ke hari kiamat sebagaimana firmanNya “..telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterang an itu jika kamu(mahu) memahaminya.” [TMQ Ali Imran(30:118]

Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah di mana salah seorang Khalifahnya yang bernama Muktasim telah mengerah tentera Islam agar menyerang golongan kafir yang mengkhianati seorang perempuan Muslimah. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang perempuan itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina umat Islam.

Adakah kita merasakan, belum tiba saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan kaum Muslimah serta agama Allah ini dari dihina oleh musuh-musuh Islam??

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Muslimah ini dengan pemikiran dan perasaan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah dan sedih yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk membela kekejaman dan penghinaan yang dilakukan keatas Marwa Sherbini ini. Inilah perintah dari Allah Subhanahu wa Taala:

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].
Wallahu ‘alam bishawa

Wednesday, July 22, 2009

MAMA DAN PAPA


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon EPAL yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon EPAL ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan EPAL sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap dahan pohon EPAL tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon EPAL itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon EPAL tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon EPAL tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," seru pohon EPAL itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untukmembelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon EPEL itu berkata, "

Kalau begitu, petiklah EPAL yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua EPAL dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon EPAL itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon EPALl itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohonEPALl itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kauboleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kaubuatlah rumah daripadanya." Pohon EPAL itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon EPAL itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon EPALl itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon EPAL itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon EPAL itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai KAPAL. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai KAPAL untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan KAPAL. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon EPAL itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon EPAL itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon EPAL itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon EPAL itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat kapal. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon EPAL itu dengan nada pilu.
Aku tidak mahu EPALmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tuaitu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohonapel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon EPAL itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Tersebut. Sebenarnya, pohon EPAL yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon EPAL itu, tetapi fikirkanlah, ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

“Untuk mak dan abah Ja memohon maaf andai selama ini Ja tidak mampu menjadi ank yang baik dan gagal melaksanakan amanah yang sebagai seorang anak,Ja selalu mengecewakan mak dan abah,selalu menyusahkan mak dan abah. Tapi mak dan abah selalu dihati Ja. Yang Ja mampu buat hanyalah berdoa moga Allah memberikan kesihantan kepada mak dan abah,panjangkan umur dan dipermudahkan urusan ibadat,kehidupan seharian dan pendidkan anak-anak. Ja sayang mak dan abah”

Monday, July 6, 2009

AKU MAHASISWA


Salam,buat sahabat yang dikasihi...
Mesti skrg sahabat2 bergembira dapat meneruskan perjuangan di alam kampus..dapat merasai hostel yang lebih selesa,dapat bertemu sahabat2 yang baru,dewan kuliah yang baru,suasana yang baru,dan mungkin bagi sahabat2 yang berada di kampus Pantai Timur seperti Uni.Malaysia Terengganu(UMT) pasti tak sabar nak merasai BUDU or Ulam2man yang best giler,mesti nati tak faham orang ganu cakap ape ek...ape2 pun yang berlaku dan akan berlaku moga sahabat2 ana ini terus kuat dan tak pernah mundur menghadapi cabaran yang mendatang disana.
Tabarakallah..sahabat2 yang dikasihi...

139. dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.

Buat sahabat2 yang mungkin gagal,atau sedang bersedih dengan kerana tidak memperolehi jurusan yang diminati or mybe ape sahaja yang berlaku dengan sahabat2 ana yang dikasihi..mungkin ayat ini boleh dijadikan sebagai penguat diri,penguat semangat tuk berdepan dengan hari2 yang seterusnya..
Itulah keistimewaan manusia yang bergelar MUSLIM dan MUKMIN,dengan adanya IMAN didalam hati,ape pun yang menimpa diri pasti akn terus sabar dan redha dengan ketentuan yang menimpa diri,tidak menyalah takdir sebaliknya bersyukur kerana menjadi manusia yang terpilih untuk di TARBIYYAH oleh ALLAH. Semoga ujian yang menimpa diri menjadi jalan menuju ketenangan yang abadi dan moga disingkapkan hikmah bagi setiap ketentuan dan perlaksanaan kehendakMU,ya ALLAH...moga hati ini terus menyakini janjiMU ya ALLAH..

KULLU MIN HABIBI KHAIR

Buat sahabat2 dikampus..
Sekadar pesanan buat aku dan dirimu yang bergelar sahabat
Sentiasa mempersiapkan diri tuk mengahadapi dugaan yang mencabar,menghadapi apa sahaja yang rintangan di zaman moden ini. Amal harus ditingkatkan sebagai benteng diri,banyakkan solat,zikrullah,amalan sunat,majlis2 ilmu agar hati tidak terasa kosong dan layu,agr hati sentiasa tenang bila diuji. Kerna hati yang kosong dan tidak disi membawa kepada jiwa mudah terpengaruh,terjebak yang sesuatu yang memebawa kepada rosaknya jiwa. Peliharalah hati sahabat2 seperti menjaga luaran sahabat2..bersihkanlah hati sahabat2 selalu. Jaga kotori hati sahabat2 dengan dosa dan hawa nafsu. Kebersihan hati akan memudahkan turunnnya HIDAYAH Allah kepada hambaNYA. Moga posting kali ini dapat dijadikan sedikit panduan ke arah menuju MARDHOTILLAH. Selamat beramal

“Bila DA’IE tidak menjaga HATInya, maka rosaklah dirinya terfitnahlah ISLAM kerananyadan runtuhlah DAKWAH ditangan. Saudaraku, kejayaan DAKWAH bukanlah terletak pada kepandaian seorang DA’IE berkata-kata tapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan HATInya. Maka waspadailah hatimu dari kekotoran NAFSU yang menipu”