Monday, September 14, 2009

"FACEBOOK:Antara Pro dan Kontra"


Salam,
Ramadhan sudah mula meninggalkan kita,adakah Ramadahan ini adalah yg terakhir untuk aku??adakah aku bisa bertemu dengan Ramadahan lagi selepas ini??
Aku berharap untuk itu Ya Allah....

Tabarakallah..
aku tersentak dan tergaman membaca Posting di Saifulislam.com.Posting yang bertajuk Facebook:Antara Pro dan kontra.
http://saifulislam.com/?p=6714#comment-61259
Aku mula menilai diri ini. Adakah aku seorang yang PARANOID atau seorang yang BUTA IT dengan kata lain aku gagal menbuat kajian terhadap sesuatu. Aku teringat sesi Tazkirah Asar di sekolah shbt yang sesuka hati menyampaikan satu hujah tanpa ada dalil atau kajian yang khusus terhadap hujah tersebut. Fikiran aku juga melayan bila teringat pesan seorang Akhi kepada diriku sewaktu menghadiri Kem Pembentukan Jati Diri sebulan yang lalu,bahawa pentingnya mengemuka hujah yang ada dallil menyokong hujah tersebut supaya kita tidak semberono berkata2.

Ini adalah rentetan daripada posting yang lalu bertajuk AWAS!!!FACEBOOK DIGUNAKAN UNTUK BUNUH RAKYAT PALESTIN..moga Rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini.

Sedikit bingkisan dari laman tersebut...
BOLEH MENJADI HARAM
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.


Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa penggunakan perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aalayang bermaksud:
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabit seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.
Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadithyang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

Aku berniat sekadar menjadi penyampai...Ya Allah ampunkan dosa2 aku ini..

Saturday, September 12, 2009

::WARKAH BUAT SHBT TERCINTA:IBNUMARWAN::

kenangan bersama Hamzah yg berlagak macho..

SALAM RAMADAHAN buat pembaca blog ini
alhmdullilah dah masuk 23 Ramadhan hari ini...
Terasa kesayuan meninggalkan Madrasah Ramadahan...
Persoalan yg perlu ditnya pada diri sendiri....bagaimana amalan ku selama ini?adakah Ramadahan ini adalah yg terakhir buatku?...

Tabarakallah......

Posting kali ini ditujukan buat seorang insan bernama shabt HAMZAH B MARWAN..
yang akan berangkat ke MESIR menyambung bidang perubatan di UNIVERSITI AL AZHAR.
Penerbangan beliau pada 24 Ramadhan atau bersamaan 14 September 2009 jam 11pagi di KLIA.Alkah Alhmdullilah,itulah impian beliau yang ana tahu sejak mula melangkah ke Kolej Matrikulasi Melaka pada 12 Mei 2008.
senyuman HAMZAH.....

Pertama2 aku mula mengenali insan ini apabila aku terima masuk menjadi ahli sebuah badan Dakwah di KMM. Beliau dilantik memegang jawatan yang sudah sebati dengan jiwanya,apa2 yang berkambil berkaitan dengan duit maka itulah HAMZAH. Walaupun bukan bukan dari jurusan Akaun namun jawatan bendahari itu adalah sinonim dengan jiwa beliau sehinggalah kami diterima masuk JPP(Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar) juga beliau dilantik sebagai bendahari. Allah itu Maha berkuasa atas setiap sesuatu....

Tabarakallah

Begitulah ukhwah kami mula bersimpul padu dan bertaut melalui kerjasama dalam Persatuan dan akademik. Beliau ini seorang genius dan rajin serta faqih dalam pelbagai ilmu. Ilmu agama apatah lagi. merupakan anak ke 2 daripada 7 org aduk beradik. Hidup shabt ana ini sempoi je. tak cerewet macam diri ini. Bagi hamzah semuanya small the matter. seorang ABANG yg penyayang kat rumah. Sifat penyayang beliau turut implenmentasi dalam bersahabat. Sebab itu disukai oleh semua org. Pada malam manifesto beliau mendapat gelaran "OBAMA" kerana kulitnya yang agak mneyerupai dengan OBAMA. Namun yang pasti sifat sebenar bukanlah seperti itu. Begitu banyak pengorbanan yang dilaukan atas nama Ukhwah. Disebbakan ukhuwah beliau tidak menyambung pengajian ke Oversea dalam bidang kejuteraan,sebabkan ukhuwah beliau selalu xbalik rumah walaupun hanya 10 minit dari kolej,sebabkan ukhuwah beliau sanggup berpayah.
Itulah nikmat ukhuwah yang tidak ternilai harganya. Lebih manis kalu disuburkan dengan iman. Ukhuwah itulah yang membawa kami lebih rapat. Sakit dan susah dikongsi bersama. Moga nikmat ini Allah kekalkan...Ammiin...

Tabarakallah....

Walaupun seorang yang pemalu namun itu bukan penghalang untuk belau terus bangkit. Beliau bercita2 ingin bertemu dan bersua dengan Ulama dan para Pewaris Nabi serta golongan Habib. Itulah salah sebab beliau ke AlAzhar. Teringat satu peristiwa di mana kami terbaca tentang tawaran menyambung pengajian ke Mesir. Apabila kami diberitahu kami boleh menyambung pengajian ke sana sebaik saja tamat matrikulasi. Kami melompat kegirangan macam Upin dan Ipin mendapat ayam goreng. Bila kami bersama saja perangai kami mula berubah seperti kanak2 pra-matang. Itulah hakikat dan realiti. Namun itu telah berakhir dan kami perlu tinggalkan dan jadikan kenangan yang boleh diceritakan kepada anak-anak kami pada masa hadapan,iAllah. Hidup perlu diteruskan dan perjuangan harus tidak berhenti disini..

Sebagai shabt hanya DOA yang bolah ana panjatka kepada shbt ana di sana nanti. Walaupun tidak berkesempatan mengahantar shbt ana ke sana namun utusan doa yang berterusan, semoga urusan shabt ana ini,dipermudahka oleh Allah. Dikempatan ini juga ana mohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan dan kekurangan diri ini,halakan segala apa yang pernah shabt ana berikan pada ana serta jika ada yang terlebih atau terkurang. mohon maaf kerana masih gagal menjdi shbt yang baik dan gagal memahami shbt ana sepenuhnya. Halalkan juga ilmu yang pernah keluar dari mulut shbt ana ini.

Tabarakallah...

"Ya Allah,aku mememohon kepadaMu,ampunkan segala dosaku ini,dosa kedua ibubapaku,dosa shabtku Hamzah bin Marwan,dosa2 shbtku yang lain,dosa smua org Islam sama ada yang masih hiudp atau yang telah tiada. Ya Allah,dalam keberkatan bulan Ramadhan ini,aku mohon moga urusan shbatku Hamzah bin Marwan dipermudahkan,permudahkan urusan pencerapan ilmu,pendidikan,ibadat,dan urusan seharian. Ya Rahman,kurniakanlah shbat kau dengan kesihatan yg baik,hati yang tenang,dilapang dada untuk menerima ilmuMu. Ya Rahim,kukuhkanlah ukhuwah antara kami. Tetapkanlah hati2 kami untuk terus berada dijalan perjuangan,tabahkan hati kuatkan semangat kami menempuh mehnah dan tribulasi dalam kehidupan ini. Hanya bagi padaMu kami berserah segala urusan.Ammin ya Rabbal alamin."

Pesan pada diri dan dirimu,
Peliharalah solat.tahjjudmu,zikirmu,dan pandangan mu daripada pandangan keji,hatimu dari nafsu dan tipu daya syaitan yang menyesatkan.kerana hati yang bersiah memudahkan turunnya rahmat Allah kepadamu. Tabahakan hati,kuatkan semangat. Moga terus thabat dijalan perjuangan ini. Selamat berjaya......

Moga segalanya selamat...."syeikh,suapkan ana cepat,lapar nie!!!"
senyuman yang akan dirindui

Wednesday, September 9, 2009

JPP 08/09 DIPERSADA KEJAYAAN

SEMOGA BERJAYA ADIK BERADIKKU
Salam ramadhan buat pembaca setia blog nie...
moga sntisa dalam rahmat dan Kasih sayang Allah....

"Terkenang sebuah memori lalu
kisah persahabtan kita bersama
di dalam satu pengajian
menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku,pengorbanan mu
terpahat padu dikalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riang menghiburkan hatiku
Indah suasana ketika itu
Terjalin UKHUWAH sejati"

Tabarakallah....

Alhmdullilah sudah lebih kurang 6bulan aku dan shbat2 lain bergelar GRADUAN MATRIKULASI lulusan dari Kolej Matrikulasi Melaka(LONDANG) batch 08/09. Masing2 skrg sudah [pown melanjutkan pengajian masing2 di universiti pilihan. Alhmdullilah nikmat dan kurnia Allah terlalu banyak untuk kita semua walaupun kadang2 kita tidak menyedari dan kadang2 tidak gemar akan nikmat tersebut. Sesungguhnya Allah itu Maha luas pengetahuanNYA. Memtik maksud ayat surah albaqarah:216

216. kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
MOGA TAUTAN UKHUWAH TERUS SUBUR

Kullu Min habibi Khair....
Tabarakallah
Posting kali ini ingin berkongsi sedikit perkembangan adik2 beradik JPP KMM BATCH08/09. Alhmdullilah dengan berkat doa shbt2 akhirnya kami telah berjaya menggapai cita2 masing. Kami JPP mengucapkan terima kasih ats sokongan dan dorongan yg telah diberikan kepada kami sepanjang memegang jawatan ini di KMM pada sesi yg lepas. Moga maaf juga dari kami atas segala kekurangan yg terdapat pada kami sepanjang sebelum.
BAKAL PEMIMPIN HARAPAN

Baru kami menyedari bahawa jawatan seorang pemimpin itu bukan senang dah mudah untuk digalas.Baru kami menyedari tugas pemimpin rupanya terlalu berat dipikul.Amanah ini merupakan amanah Allah yg perlu kami galas. Alhmdullilah,kami cube memperbaiki kekurangan sedikit demi sedikit. Semoga berkat doa shbt2 moga kami terus diberikan kekuatan meneruskan perjuangan kami selepas ini.Moga dihalalkan apa yg kurang dan terlebih.Niat seseorang dalam melakukan sesuatu amatlah penting selain keikhlasn dan merupakan kunci kepda turunya rahmat Allah.Baru kami sedar pemimpin itu perlu kuat jiwanya,perlu hebat ibadatnya,perlu mantap pengurusan hidupnya

Tabarakallah...

Tidak lupa juga diucapkan kepada TAHNIAH DAN GOOD LUCK tuk adik2 ana yg kita berada:

CHE MOHD NUR ANAS B CHE KADIR:UNIVERSITI AINSHAMS,MESIR:PERUBATAN
NUR SHAZRAH NAJWA:MANSOURA UNI,MESIR:PERUBATAN
WAHIDAH aka WAWA:GERMANY UNIVERSITY,GERMANY LANGUAGE
NUR SAFIQA SAFAR:TeSL,IPGBA bakal ke UK
RAZIF FAZWAN:UiTM,AKAUN

Semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dah jihad ini. Pesan ana btulkan niat,ikhlaskan hati dan sentiasa sabar dan tabah dalam perjuangan ini.
Kepada AYAH kesayangan kami Encik Khairudin Nozari,terima kasih atas bantuan,sokongan,tunjuk ajar dan bimbingan yg telah diberikan kepada kami selama kami berada bawah naungan en.Khai. Doa kami moga en.Khai terus diberikan kekuatan,sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki. Tiada apa yang mampu kami balas atas jasa dan pengorbanan en,Khai selain dari DOA yg tidak putus2 n kejayaan pada masa hadapan,biiznillah wa iAllah.Tidak dilupa kepada Cik Suraida,Tuan Pengarah,Timbalan Pengarah,Encik Bairim,Encik Azman,tn Hj Rashid,para pensyarah KMM dan semua warga KMM yg menyokon kami sepanjang kami disana.....

Kepada adik2 JPP yg ana kasih sekalian kerana Allah...
GuD LucK for ur Future n hope our Ukhuwah still maintain...ameen
Terima kasih atas bantuan dan kerjasama yg diberikan,jasa kalian hanya Allah mampu membalasnya. Ana mampu berdoa moga adik beradik berjaya didunia dan akhirat.Tidak dilupa kepda ahli biro n mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam JPP sesi 08/09......
Barakahufikum.....
WE ARE FAMILY,HAPPY FAMILY

Friday, September 4, 2009

AWAS : Facebook diguna untuk bunuh rakyat Palestin!!!

Terserah kepada pembaca blog ini untuk menerima atau pun tidak....
Moga rahmat Allah sentiasa bersama org prihatin Islam itu harus dipertahan dan diperjuangkan......

Sumber:Majalah Al ISlam,Keluaran September 2009

Sedar atau tidak dalam kealpaan kita melayari Facebook kita membunuh mereka dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Kalau sebelum ini kita memboikot barangan keluaran mereka,kini satu lagi wasilah yang mereka gunakan untuk membunug saudara kita di Palestin. Sebelum itu saya ingin timbul persoalan:adakah sebelum ini anda kisah tentang cakna tentang saudara kita disana atau sekadar melepas batu ditangga...sama2 muhasabah diri kita...
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Tabarakallah...
Artikel dalam Majalah Al Islam membongkar rahsia musuh Islam disebalik Facebook ini...Kembali kpd fenomena Facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta org. Tetapi baru-baru ini Facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkay ke 240 juta org. Satu angka yg cukup besar untuk tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika Facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008.
Dua buah negara yang telah menyekat penaksesan laman web ini atas sebab2 tertentu iaitu Indonesia dan Iran.Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-sdesus yg mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.

Siapakah Mark Zuckerberg???

Daripada kajian yg dilakukan, Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yg dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yg genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudahpun mencipta satu permainan komputer yg dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika Facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Havard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.

Semasa di Universiti Havard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yg aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yg kuat di Amerika ASyarikat (AS) dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yg pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Penubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS. Asas utama pertubuhan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yg benar-benar memahami idea, nilai dan etika yahudi.
Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yg dilontarkan oleh Joel Leyden yg memanfaatkan sepenuhnya Facebook untuk menyokong tentera Israel semasa perang di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Israel.
Leyden mencipta Facebooknya sendiri tiga jam selepas serangan pertama yg dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi Facebook dia membakar semangat tentera Israel yg mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.
Kenalan menyertainya mencapai 17,000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan Facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di semenanjung Gaza. Berserta dengan video You tube, Leyden cuba memberi penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk di Gaza yg dilabelkan sebagai pengganas Islam.
Lain pula kisahnya di Indonesia. Kumpulan Cyber Jihad yg diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad yg memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak 'diizinkan' untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yg cukup lantang, telah menarik perhatian pihak pengurusan Facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yg dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.
Di Indonesia, Facebook yg dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahliah yg paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila Facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik Mark Zuckerberg yg juga anggota Alpha Apsilon Pi.
Soalnya, kenapa Facebook milik Leyden tidak disekat tetapi Facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yg hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing.

Menurut Rizki, pendapatan Facebook datang dari iklan yg banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yg terdapat di dalam Facebook mempunyai sistem yg berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ade 1,000 orang yg klik pada iklan itu maka Facebook akan memperolehi pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.
Jika itulah jumlah wang yg diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula yg disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja pada Facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza!!!

MasyaAllah,kita terlalu alpa dengan Dunia. Sama2 muhasabah diri kita dan masih belum terlambat untuk berubah....

Sumbangan Tulisan:IMRAN BIN JAAMAT