Sunday, October 31, 2010

::Setelah Sekian Lama::~Itqan

Setelah lama tidak menulis, Mungkin tidak diberi kesempatan.
InshaAllah,akan kembali menghiasi dunia penulisan.
Kuliah baru sebulan bermula. Doakan saya.

___________________________________________________


Seorang Ulama ada berkata: setiap Hamba itu mempunyai empat waktu:
~Waktu Nikmat
~Waktu ujian
~Waktu ketaatan
~Waktu maksiat.
Tiap-tiap waktu ini Allah SWT pertanggungjwabakan ke atas kamu supaya kamu guna masa-masa itu dengan jujur mengikut hukuman Allah SWT .
Siapa yang taat maka terbuktilah suatu pemberian Allah kepadanya.
Siapa yang memperolehi nikmat,maka hendaklah dia bersyukur  dan bergembira di dalam hati kerana itu adalah kurniaan Tuhan. Ada masa seorang itu melakukan maksiat maka hendaklah dia bertaubat dan meminta ampun dari Allah SWT.
Ada masanya, seseorang itu menghadapi ujian maka hendaklah dia menerimanya dengan rela hati disamping bersabar. Kerelaan hati ialah rela dengan segala ujian dari Allah. Kesabaran ialah tabahkan hati sepanjang masa menghadapi ujian dariNYA.  

Masa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang pelajar atau penuntut ilmu. Mereka yang cemerlang semsestinya lahir dari penyusunan waktu yang gemilang. Lihat sahaja ulama'-ulama' terdahulu mereka mampu mengarang kitab walaupun umur mereka tidak panjang. Hargailah masa dengan sebaiknya. Kata Shahid Imam Hassan Al Banna, tanggungjawab melebihi masa yang ada. Kita sebenarnya mempunyai banyak tanggungjawab dan amanah. Namun disebabkan kita gagal memahaminya, gagal memahami posisi kita, gagal memanfaatkan masa yang ada maka kita mempunyai banyak masa melebihi tanggungjawab. Mungkin juga 24 jam yang berlalu tidak mempunyai keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Hari yang kita lalui dihiasi dengan dosa dan maksiat, dengan perkara yang sehingga kita lupa tanggungjawab utama. Mungkin juga 24Jam yang berlalu kosong dengan ilmu yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Ilmu yang membuatkan kita sedar akan kekerdilan diri kita. 

Hari ini kita telah kehilangan sifat Itqan(Ketekunan) dalam diri pelajar atau mahasiswa Muslim. Pada realitinya jika diukur kita mempunyai ramai graduan dalam pelbagai bidang-bidang kritikal. Kejuteraan mahupun perubatan serta bidang yang lain. Namun,persoalan yang timbul kita masih gagal menyaingi negara Barat. Bukan bermaksud kita mahu bertanding atau beradu kekuatan namun sebagai orang Islam, kecemerlangan itu boleh dijadikan sebagai metod dakwah yang paling berkesan. 

Mungkin pelajar Muslim kita beranggapan cukuplah sekadar LULUS. Cukuplah sekadar naik tahun dan cukuplah sekadar dapat memakai jubah graduan sambil bergambar dengan sejambak bunga. Islam menuntut umatnya supaya umatnya mengejar kejayaan. Menuntut supaya kita bersungguh-sungguh dalam beramal atau membuat sesuatu perkara. Sebuah hadis yang bermaksud: Sesungguhnya Allah kasih akan amalan hambanya yang tekun/bersungguh-sungguh. Ketekunan yang hilang ini memberi kesan jangka panjang. Bila Pelajar Perubatan hilang sifat ketekunan maka akan lahir doktor yang tertinggal gunting dalam perut pesakit, doktor tersalah bagi ubat dan sebagai. Buktinya sudah terpampang di depan mata. Begitu juga kepada mereka yang sedang berjuang, andai hilangnya sifat ketekunan maka perjuangan itu tidak akan lama. Andai organisasi mempunyai ahli yang bersikap sambil lewa, natijahnya gerak kerja meraka juga akan terabur. Aturlah jadual hidup kita dengan sebaiknya. Tekunlah dalam amalan yang kita kerja. Moga-moga kita menjadi hamba yang di kasihi Allah. Aplikasilah ketekunan dalam semua kerja yang kita lakukan, natijahnya akan kita akan cemerlang.


~Ya Allah, Moga- moga hari yang berlalu dipenuhi dengan keampunan, keberkatan dan kerahmatan dariMU~

______________________________________________________



Monday, June 14, 2010

Rehlah Tabadul Thaqafi III Ke Turki 2010

Khusus buat mahasiswa di bumi Mesir, Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM akan menganjurkan 
 
Rehlah ke Istanbul Turki pada 10 Julai - 17 Julai 2010
 
Bayaran sebanyak USD 700 (Tiket, Penginapan, Makan, Pengankutan)
Tarikh tutup pendaftaran sehingga 10 Jun 2010 (Khamis)


Sila hubungi Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi untuk maklumat lanjut ustazhuzaifah@yahoo.com
No Telefon +20116312426
Bak kata pepatah:
" Jauh Perjalanan,Luas Pemandangan"

Friday, April 16, 2010

Fatrah Imtihan



Apabila kengkawan celikkan mata pagi tadi apa yang terlintas difikiran?

Kerja?
Baju tak sterika?
Qiam?
Nak makan apa sarapan nanti?
Solat subuh belum lagi?
Homework?
Syoknya nak bercuti?
Nak tidur balik?
Nak berus gigi dulu baru nak cakap?

Macam-macam ada.... inilah warna-warni kehidupan...

Namun, dalam banyak-banyak yang anda fikirkan, yang mana tak sah kalau tak diselesaikan?
Yang mana keperluan dan yang mana kehendak?
Yang mana wajib dan mana yang sunnat?

Cuba fikirkan...

Pernah anda terlewat bangun, dah dekat waktu bekerja... baju belum disterika... tapi pergilah jugak biar baju kedut seribu, asalkan bos tak marah? Ke anda sanggup lewat demi untuk men'sterika' baju dulu? takut bos ko takut tak "hensem"?

Bagi yang masih belajar. Bangun terlewat dah satu hal, homework pulak tak siap lagi. Sanggup dimarahi guru atau sanggup tak pergi kelas?

Samalah kita dengan tuhan.... kita takut ada yang sanggup tak solat, kerana takut terlewat kerana dimarahi bos....

Agaknya yang manakah kecintaan dan keutamaan kita....?

p/s: ada yang tak gosok gigi kerana takutkan bos?
______________________________________________

Salam..
Sudah lama blog ini tidak berupdate. Maaf pada semua,salah dalam pengurusan masa yang agak kelam kabut. Mungkin juga tidak keberkatan dalam masa saya. Nauzubillah.
Imtihan menjelma lagi. Pejam celik pejam celik masih rupa saya bakal menamatkan Tahun Satu saya di sini. Begitu pantas masa berlalu sehingga saya lupa hari-hari yang berlalu. Doakan saya moga diberikan kemudahan dalam meneruskan hidup disini.
Bukan mudah perjalanan hidup ini pasti ada dugaan dan cabaran yang menanti. Masa yang akan menentu bila ujian dan cabaran itu datang. Suka berkongsi pesan seorang Abi yang bolehkan Muhasabah..

"Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.
Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?
Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...
Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..
Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu.."
 
Apatah lagi dalam berjuang pasti akan ada mehnahnya. Ketika Negara dilanda Isu APCO;yang merupakan proksi Yahudi,pertemuan BELIAU dengan Obama menimbulkan seribu tanda tanya kepada sesiapa  sahaja. Terbaru Malaysia baharu sahaja menyekat export minyak ke Tehran yang merupakan negara Islam. Apakah tindakan Beliau selepas ini. Mungkin juga Tanah Airku sudah menjadi atau memang menjadi tali barut Yahudi. "Ya Allah lindungilah ummat Islam dan Negara ummat Islam dari kekejaman Yahudi Laknatullah." Di Mesir pula baru-baru ini heboh dengan masalah sosial yang sedikit sebanyak menjadi fitnah kepada mereka yang menuntut di sini. Moga kepimpinan PMRAN(Tahniah buat  yang baru PMRAN;80 Tahun) juga PERUBATAN akan menyuntik semangat yang baru bagi  membawa Mahasiswa dan Mahasiswi di sini ke arah yang lebih baik dalam perjalanan  menuju Mardhotillah.

Sedikit sebanyak perkongsian sekitar yang termampu.
______________________________________

Doakan saya di imtihan ini. Mohan maaf pada semua. InsyaAllah akan kembali sebaik sahaja tamat imtihan saya. Moga saya ketemui keizzahan dalam perjuangan ini.Buat sahabat saya di Malaysia biltaufik wa najjah untuk kalian. InsyAllah doa mengiringi kalian semua.

Tawadu'nya seorang pemimpin juga ulama'.

Monday, March 15, 2010

Kisahku...

Mukadimmah
Sudah lama blog ini tidak tidak berhias. Lebih kurang 3 minggu lebih. Kisahnya,akibat gagal menjelaskan bayaran internet pada waktunya. Naik berang Pak Arab dibuatnya.Cuaca disini mula beralih arah. Kalau dulu Saratoga dan Baju Panas menjadi teman namun sekarang beralih kepada kipas angin namun sesekali tidak dapat melawan Air Sungai Nil yang menyegarkan. Genap sebulan kuliah bermula.Namun badan saya masih belum dapat menyesuaikan diri.Hari ini saya tertidur sepanjang kuliah.Segan dengan kawan disebelah.

Minggu Kesedihan.
Kematian adalah satu kepastian.Hidup manusia juga perjalanan semua telah ditentukan olehNYA. Sebagai Manusia tidak dapat lari dari semua itu.Setiap yang bernyawa pasti dan semestinya akan merasai mati.Saya tinggalkan kisah ini kepada pembaca sekalin tidak mampu menghurai panjang.Kalau dikaji tentang DNA manusia,DNA amat penting untuk menghasilkan protin dan sel yang baru. Namun DNA ini akan musnah dan sampai satu masa tidak mampu lagi diperbaharui. Seperti kulit manusia,bila sudah tua akan berkedut antara salah satu sebabnya kerana DNA tidak mampu lagi menghantar maklumat untuk diproses bagi menghasilkan sel bagi kulit. Oleh itu,DNA sebenarnyakan salah satu tanda kita akan pasti akan mati.

Nasihat dan Kata Taujihad dari Ust Salman(click here)
Mari sama-sama memanjatkan doa dan Al-Fatihah buat mereka.

Belasungkawa Syaikhuna Al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah.. Moga Allah merahmatimu Ya Syaikhana(click here)

Perginya Bakal Doktor Made In Egypt(Tanta)

(click here)

Tidak mampu berkata-kata namun hanya doa hanya mampu dipanjatkan,moga kalian ditempat dalam kalangan orang yang dimuliakan oleh Allah swt.Moga kita sama-sama mengambil pengajaran dan pedoman dari coretan ini. 

Perjalanan diteruskan.

"dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).(9:12)2)"

Tinggal  lebih kurang sebulan saya akan menghadapi peperiksaan akhir. Bermakna Tahun Pertama saya akan berakhir dan akan beralih ke Tahun Kedua. Cepatnya masa berlalu. Bagaimana saya bisa menjadikan sebulan itu seperti dua bulan. Saya masih mencari formulanya. Kalau dilihat para ulama dulu mampu mengarang kitab dengan begitu banyak walaupun umur mereka tidak panjang. Semua bergantung pada keberkatan masa. Begitulah masa memainkan peranan yang penting bagi seorang penuntut ilmu sehingga Allah bersumpah dengan masa. Bimbang dan takut hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan dosa. Nauzubillah. Moga-moga saya terhindar dari semua itu. InsyaAllah.

Kehidupan dilalui disini semakin mencabar. Pernah satu masa saya terasa ingin saja mengalah. Tapi Alhamdullilah dengan secebis iman dalam diri saya gagahkan hati saya untuk terus melangkah.Perjalanan disini mula melakarkan warna-warni. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan saya sahabat-sahabat yang memahami juga faqih dalam ilmu Allah. Saya cuba mendekati mereka,menagih ilimu mereka. Saya mula belajar sesuatu dari mereka. Merekalah yang kadangkala menasihati kejahilan saya ini. Saya berbangga punya sahabat seperti kalian

Cita-cita saya disini masih lagi belum tercapai. Saya bercita-cita ingin jadi seperti kalian.Faqih dalam ilmu agama. InsyAllah. Hanya mampu berdoa moga Allah menunjukan jalan terbaik untuk hamba yang dhoif ini.

Perjuangan membawa risalah Muhammad saw bukan satu yang mudah. Kerana jalannya berliku. Diri perlu dipersiapkan dengan sebaiknya. Ilmu,Iman dan Amal perlu seiring kerna mahu berdepan masyarakat yang menagih "mereka" yang mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.Kadang-kadang saya takut melihat masyarakat hari ini khususnya remaja. Apatah lagi saya akan berdepan mereka bila-bila sahaja. Maka persiapan yang rapi diperlukan. Itu baru satu cabaran. Bagaimana pula berdepan dengan musuh-musuh Islam. Saya masih gagal dalam persiapan ini. Kalau difikirkan banyak tanggungjawab dan amanah yang tergalas dipundak kita. Kita sahaja yang kadang-kadang lupa.Banyak hak-hak yang kita terlupa tunai,sementara masa masih berbaki manfaat dengan sebaiknya.Jangan menyesal kalau sudah menjadi tetamu Allah walhal kita masih berlum bersedia,diri masih terleka dengan dunia.Nauzbillah. Moga kita dikurniakan kesempatan untuk mencari keampunan juga dapat menunaikan amanah dengan sebaiknya. Moga kita semua dikurniakan kebaikan didunia dan akhirat. InsyaAllah

Doakan saya di semester ini.Moga saya dapat menghabiskan Tahun Pertama saya dengan jayanya.Mencari keberkatan dalam hidup ini.

p/s:mohon maaf kepada pembaca saya belumdapat menerbitkan sesuatu yang bermanfaat.InsyAllah saya kan cuba memperbaiki iman,ilmu dan akhlak


Monday, February 22, 2010

Doctor-to-be Made In Egypt...

Memohon doa semua untuk perjuangan ini.

Alhamdullilah,Semester ke-2 baru sahaja bermula. Begitu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang cuti dua minggu. Tidak sempat untuk mencoretkan semua yang berlaku. Biarlah menjadi kenangan dalam diari hidup ini. Cuti dua minggu berlalu begitu pantas. Bila sahaja kaki melangkah ke pintu Gamaah(universiti) terasa begitu lama tidak kembali ke situ. Lama tidak melihat Doktor-doktor,dewan kuliah,dan bas yang menuju ke Gamaah. Rindu juga bila setiap kali melintasi Gamaah. Namun hari ini,dapat kembali lagi meneruskan perjuangan disitu. Bahang kepenatan masih belum hilang.

Dari Imam Syafie:
"Ilmu itu ada dua jenis:ilmu kefahaman agama untuk kesejahteraan akhirat dan ilmu perubatan dan kesihatan badan untuk kesejateraan dunia"

Dari Ibnu Rusyd:
"Sesiapa yang mendalami ilmu anatomi maka bertambahlah keyakinannya dengan Allah Taala"

Menceburi bidang Perubatan adalah antara bidang yang besar manfaatnya. Cukuplah dalil diatas menyokongnya. Tergolong dalam mereka yang terpilih untuk berada di bidang ini memang sesuatu yang perlu disyukuri. Kalau ditanya kebanyakan pelajar-pelajar sekolah tentang cita-cita mereka pasti kebanyakan mereka ingin menjadi doktor. Doktor sinonim dengan seseorang yang boleh mengubati penyakit walaupun pada hakikatnya kesembuhan itu datangnya dari Allah namun "doktor" menjadi perantara kepada misi tersebut.Hadis Rasullullah berbunyi:

"Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan bersamanya(penyakit itu) penyembuhan(syifa')"

Fenomena di Mesir,dengan kebanjiran pelajar PERUBATAN telah membawa satu evolusi dan reformasi. Pelajar dari Malaysia bagaikan dianggap anak emas bagi semua universiti termasuk Al-Azhar sendiri. Manakan tidak semua Fakulti Perubatan di setiap univerisiti mempunyai "Dewan Kuliah" khas untuk pelajar-pelajar Malaysia. Tidak bercampur dengan Arab mahupun yang lain. Kondisinya seperti kuliah di Malaysia. Pelajar-pelajar malah diberi layanan istimewa dan dihormati oleh sesetengah Doktor-doktor kerana pelbagai faktor.

Hakikat sebenar bagi mereka yang sudah masak dengan pelbagai karenah disini akan memahami situasi akan di hadapi pada masa hadapan. Doktor-doktor kelahiran Mesir sebenarnya akan berdepan pelbagai situasi yang perlu diatasi dengan sebaiknya. Pelajar-pelajar PERUBATAN disini perlu sedar akan cabaran yang akan menjegah mereka pada masa akan datang. Yuran yang berpatutan juga kelayakan yang agak mudah telah membawa Mesir sebagai destinasi pertama pelajar-pelajar Malaysia. Tidak kiralah Perubatan,Pergigian mahupun Farmasi. Disamping kos hidup yang agak berpatutan.

Cabaran-cabaran
Bakal-bakal doktor kelahiran Mesir ini sebenarnya akan berdepan dengan cabaran yang besar pada masa depan. Saya bawakan kondisi sebenar pelajar-pelajar disini. Pertama, kehadiran ke kuliah yang tidak diwajibkan telah membuka ruang kepada pelajar disini tidak hadir ke kuliah. Sesetengah memberi alasan lebih senang belajar sendiri. Kedua,sistem pembelajaran yang lebih kepada penghafalan daripada faham kadangkala memberi kesan kepada sesetengah pelajar. Sistem ini masih bertahan sejak beberapa abad lamanya.Ketiga, belajar teori lebih banyak daripada aplikasi. Keadaan ini telah menyebabkan kebanyak Doktor-doktor Mesir dicop sebagai mereka yang berstatus rendah,tidak berkelayakan. Keempat,masalah pengurusan universiti yang kadang kala menaikkan darah.Keenam,cabaran yang lain ialah pelajar-pelajar disini perlu berdepan dengan suasana Mesir yang penuh mencabar dan perlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi. Bagi mereka yang sudah masak,semua itu sebahagian dari kehidupan.Tidak perlu dicoret panjang takut memburukan bumi Mesir yang penuh barakah ini. Almaklum Mesir dihuni oleh dua golongan berdasarkan sejarah iaitu Nabi Musa dan Firaun. Begitulah yang boleh diibaratkan.

Namun itu semua bukan alasan untuk saya tidak memilih Mesir sebagai destinasi pengajian saya. Saya bercita-cita ke sini sebaik sahaja tamat pengajian di Sekolah Menengah. Semua bergantung pada sendiri yang menentukan masa depan mereka. Masakan takdir Allah dan aturan Allah itu adalah sesuatu yang sia-sia. Panjang lagi perjalanan saya selepas ini. baru sahaja menghabiskan satu per dua belas perjalanan hidup disini. hari-hari yang dilalui disini malah ujian sebagai satu kelebihan untuk meningkatkan kualiti diri. Biarlah apa orang nak kata. Doakan saya moga terus diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan disini. Saya punya cita-cita disini. Cabaran-cabaran perlu dijadikan kekuatan unutuk terus maju.
Doakan saya di Semester Dua ini.
 
IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.

_________________________________________________

Lately during Holiday.

1)Hari Keluarga dan Mahabbah Anak-Anak Terengganu,HIKMAT 2010.
Di Kompleks Rumah Terengganu anjuran Keluarga Penuntut Terengganu (KPT)
WE are SIBLING WE are FAMILY(click here)

2)3rd Seminar Perubatan di Universiti Kaherah (17-18 Februari 2010)

3)Daurah Kitab Tasawuf bersama Syeikh Rohimuddin Al Nawawi Al Banteni,sekarang Syeikh dirumah Terengganu dengan Kuliah Tafsir Syeikh Qadir Jalaini.
Syeikh Rohimuddin Al Nawawi Al Banteni

***Kebanyakan Masa dihabiskan di rumah,belum berkesempatan untuk menjelajah Mesir lagi.

Sunday, February 7, 2010

Lately and Recently...


Lately..
  1. Juz finish my first Exam in Azhar
  2. Winter break juz begin for 2 weeks
  3. Juz Finish EGP310 only in on minute during Maa'rab Kitab(books fair)
Recently..
  1. Ust Fahmi(murobbi) juz arriving Malaysia this Morning. Feel so sad when lost 'somebody' that can guiding us to right path.
  2. Visiting my friends in Mansoura.Also atending wedding ceremony.
  3. Arranging new schedule for Semester 2.Many things need to cover back and need to improve.
  4. Missing my Famili in Malaysia.May Allah bless them...

4 Days of Holiday..
 4 day my holiday been use to empowering my energy that loss during study week. Feel so tired after finishing my last exam anatomy. Then visiting Book Fair in Cairo. First visit,go home with nothing. But alhmdullilah,last night I spend for EGP 310 just in one minute.Also attend "akad nikah" one of my sister in Mansoura. Also,last night was very sad day. My "murobbi" juz went back to Malaysia. No words can describe. Only to thing he said:
'penuhi diri dengan ilmu perubatan dan ilmu agama'
Also,thanks to Anas,my senior for the Books and Quran. May Allah bless you.
Then..advice from Ust Syukri
Biarlah cuti itu diisi dengan sebaiknya. Hakikatnya, tidak ada istilah cuti untuk seorang penuntut ilmu apatah lagi kepada sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi penuntut ilmu sehingga nafas yang terakhir. Setiap masa yang ada perlu diisi dengan sesuatu yang akan menambah ilmu dengan harapan ilmu yang ada memimpin ke arah cahaya hidayah dari Allah Taala.Hidupkan cuti ini dengan ilmu. Berusahalah untuk menambahkan ilmu dan kefahaman yang sedia ada.Lisan ini perlu dilembutkan dan dibasahkan dengan lebih banyak mengingatiNya. Al-Quran yang dihafal perlu sangat untuk dimuraja’ah. Lupa tanpa sebab itu dosa. Kata Habib Husain; bila lidah biasa berzikir, mudahlah untuk lidah itu digerakkan untuk membaca Kalamullah. Bila hati bersih, jiwa tidak akan terasa jemu apabila mengalunkan ayat suci Al-Quran. Begitulah telinga perlu dibiasakan mendengar perkara-perkara yang boleh membawa kita mengingati Allah Taala. Elakkan dari mendengar perkara yang sia-sia dan melalaikan. Jaga pandangan dari melihat perkara yang diharamkan. Lambakan koleksi drama bersiri dan filem hari ini menyebabkan masing-masing mabuk dan ketagih dengannya.
Moga cuti Kali ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Takut dan bimbang dengan diriku ini. Jiwa dan hatiku masih lagi kelam kabut..Ampunilah dosa2ku Ya Allah...Cutiku masih berbaki lagi 9 hari....
Ingatlah diriku,nikmat cuti ini akan dipersoal di akhirat kelak. Tunaikanlah hak2 masa dengan sebaiknya...

Tuesday, January 26, 2010

"Tanpa Tujuan tapi bermakna"

Dalam kesejukan udara bumi anbiya serta keghairahan menghadapi peperiksaan pertama di AlAzhar,satu mesej ringkas diterima...Salam Imtihan...


"dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).(9:122)"




" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar.(2:155)"




 

Memulakan langkah memang perit, Bertatih,jatuh&bangun semula, Kadang2 tanpa tangan menghulur bantuan, Terasa diri kembara sendirian, Mimpikn syurga Idaman, Sedangkn diri tidak tahan ujian, Kerdilnya diri ini bila dihitung keringat yang gugur, Titisan air mata kecewa, Rupanya masih sedikit cinta&kasih ini dipadu, Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan ISLAM.. Tiada ungkapan perpisahan daalm ukhwah Islamiah, Walau maut menjadi noktahnya, Kerana seorang Sahabat itu terlalu  istimewa dalam doa saudaranya yang lain, biarpun tanpa bayangnya.. Sahabatku.. CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula, BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menajdi orang yang engkau cintai pula 
-Saidina Ali Abi Talib-
Serulah(semua manusia)kpd jln Tuhanmu dgn nikmat&pengajaran yg baik(surah An-Nahl:125)
-Dri Adikmu- 
terima kasih adikku
~Alhamdullilah,Ya Allah atas kurniaan nikmat ukhwah yg tidak ternilai~