Tuesday, December 29, 2009

Hijrah ini….

Kicauan burung yang menemani mereka yang biasa mencari kedamaian dipagi hari,dikala manusia sedang lena melayan mimpi indah,memanjangkan fikiran aku ke kampung halaman yang telah aku tinggalkan selama 2 bulan demi menjadi “pengemis ilmu” dinegeri orang. Kalau difikirkan mengapa aku menyusahkan diri menghabiskan wang mak dan abah, membebankan mak dan abah menghantar aku ke sini. Semua itu membuatkan aku dilema selama beberapa hari. Membuat keputusan adalah perkara yang menyakitkan bagi aku. Dosa dan maksiat yang dilakukan menghalang hidayah dan petunjuk Allah ditambah manusia yang menjadikan manusia lain sebagai tempat pergantungan,dunia menjadi matlamat hidup. Ya Allah,ampunkan segala dosa2 ku ini .Alhamdullilah dengan berkat doa2 n disemua,sahabat2 yang dikasihi akhirnya aku sampai ke bumi Anbiya. Namun,dihati aku masih wujud persoalan,mampukah aku menjadi hamba bersyukur dengan nikmat2 yang aku terima?? Dosa dan maksiat yang menyelubungi diri,nafsu menjadi murobbi,mata yang tidak terjaga pandangannya,hati yang sentiasa berprasangka,terlalu celaka,hina dan lalainya hambaMu, Ya Allah….

Setelah penat menempuh perjalanan selama 12 jam yang memenatkan, akhirnya kaki aku menerjah bumi kinanah ini dengan dengan rasa syukur dan berbelah bagi. Namun perjalanan aku tidak terhenti malah terus berjalan tanpa aku sedari. Perjalanan itu penuh dengan corak dan warna yang kadang2 tidak tersingkap hikmahnya. Dugaan dan ujian sentiasa dan tidak lari bagi mereka yang bergelar MUSLIM. Ke mana mereka lari dan siapa pun mereka,ujian tetap ada dan akan tiba untuk mereka. Permulaan aku sebagai Mahasiswa bermula di Bumi Mansoura. Letaknya jauh diperdalaman. Perjalanan yang memenatkan kalau dikira namun hilang melihat kebesaran Illahi disepanjang jalan. Walaupun persekitaran yang kurang bersih akibat perbuatan manusia yag kufur dengan nikamt2 Tuhannya, namun keindahannya masih tersingkap bagi yang memandang dengan penuh rasa rendah diri dan bersyukur Mansoura menjadi titik perjuangan aku disini. Mansoura menjadi titik aku mengenal Mesir,Mansoura menjadikan aku lebih faham akan kehidupan seorang Mahasiswa,Mansoura bermulanya titik2 ukhwah yang baru. Aku juga ditemukan dengan orang2 yang hebat disana. Mereka aku kagumi kerana ilmunya,kematangannya,personalitinya dan kerana Agamanya yang sama dengan aku,namun mereka ini lebih hebat kerana TAQWAnya.


Izinkan Aku Pergi…
Namun pada tanggal 4 Disember aku terpaksa meninggalkan Mansoura dengan perasaan yang hiba,terharu,serba salah dan hati yang berat. Sepanjang perjalanan dan hinggalah waktu ini, hati aku masih di sana. Bukan bermaksud aku menyesal dengan keputusan itu namun aku merasakan aku perlu berada di sana “membantu”. Biarlah sekadar menolong angkat barang sekalipun aku sanggup berada di sana. Terlalu “indah”nya Mansoura itu bagi mereka yang mengenal dan memahami perjuangan ini. Di sana ada MISI dan VISI yang perlu dilaksanakan. Ramai yang gagal memahami semua itu. Namun, apabila ada sesetengah pihak mengeluarkan statement yang agak keterlaluan berkenaan Mansoura. Hatiku sakit.  Hati kecil aku bersuara “mungkin mereka tidak memahami”. Tapi itu juga tidak boleh dijadikan alasan yang kukuh kerna ada yang sepatunya menjadi orang yang faham namun telah disogok dengan pemikiran kolot dan ortodok. Mengeluarkan statement tanpa dalil. Barcakap ikut sedap mulut dan nafsu. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.
Aku tinggalkan kesakitan hati aku buat sementara. Ingin aku panjangkan cerita ini. Menerangkan kepada mereka yang bercakap dan berkata tentang kami yang berhijrah ke Cairo yang kurang enak didengar oleh telinga. Ikutkan nafsu ,ingin saja aku “naikkan tangan” .
“Korang nie memang selfish”
Perlu diingat mulut mereka ini supaya diam kalau tidak memahami keadaan kami. Niat kami melakukan penghijrahan bukan kerana pentingkan diri sendiri atau ikut sedap hati. Namun kami punya alasan yang kukuh untuk berhijrah ke Cairo. Ada yang menuduh kami dengan kata2 yang sakit menusuk kalbu. Masih berfikiran kolot dan tidak matang. Sedarkah mereka akan semua ini. Hati mereka seperti penuh berprasangka buruk. Seperti tidak senang dengan kami semua.. Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka ini. Dan teringat aku akan pesanan seorang Murobbi dengan hadis Shahih berbunyi,”pada hari Khamis akan diangkat semua amalan orang beriman kecuali bagi mereka yang dalam hatinya ada perasaan yang tidak baik kepada saudaranya” .Aku tidak berani untuk menghukum mereka sebaliknya sekadar memberi penjelasan tentang penghijrahan ini. Berharap mereka memahami.
Mohon maaf.
Wallahualam.

Alasan Penghijrahan ini Dirahsiakan..
1) Atas dasar keselamatan dan mengelakkan pengkhianatan
2) Penghijrahan Kami berlaku pada waktu cuti Aidiladha.

"Dari itu,kami memohon seribu kemaafan atas segala kesalahan dan kekhilafan yang berlaku selama ukhwah ini berjalan. Moga kita terus ditetapkan hati dalam ukhwah ini. Ketepikan soal hati dalam ukhwah kerana ada mungkin perkara lain akan terabai sebab kita terlalu memikirkannya.Walaupun kami telah berhijrah namun kami tinggalkan hati kami kerana Mansoura Dekat di Hati. Ayuh!! warga Mansoura,bangun dan bangkitlah kita mencipta perubahan dan kecemerlangan. Sama2 kita berdoa moga ditetapkan hati berada di jalan perjuangan dan diberi kekuatan.

Mansoura di hatiku....

Perjalanan Tarbiah baru bermula….

1 comments:

Illyza binti Ibrahim said...

moga hijrah yg dilakukan adalah yg terbaik dan mendapat redha illahi...

sama2 berdoa utk kebaikan perjuangan masing2..

wallahua'lam..

Post a Comment