Terserah kepada pembaca blog ini untuk menerima atau pun tidak....
Moga rahmat Allah sentiasa bersama org prihatin Islam itu harus dipertahan dan diperjuangkan......
Sumber:Majalah Al ISlam,Keluaran September 2009
Sedar atau tidak dalam kealpaan kita melayari Facebook kita membunuh mereka dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Kalau sebelum ini kita memboikot barangan keluaran mereka,kini satu lagi wasilah yang mereka gunakan untuk membunug saudara kita di Palestin. Sebelum itu saya ingin timbul persoalan:adakah sebelum ini anda kisah tentang cakna tentang saudara kita disana atau sekadar melepas batu ditangga...sama2 muhasabah diri kita...
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Tabarakallah...
Artikel dalam Majalah Al Islam membongkar rahsia musuh Islam disebalik Facebook ini...Kembali kpd fenomena Facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta org. Tetapi baru-baru ini Facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkay ke 240 juta org. Satu angka yg cukup besar untuk tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika Facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008.
Dua buah negara yang telah menyekat penaksesan laman web ini atas sebab2 tertentu iaitu Indonesia dan Iran.Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-sdesus yg mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.
Siapakah Mark Zuckerberg???
Daripada kajian yg dilakukan, Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yg dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yg genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudahpun mencipta satu permainan komputer yg dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika Facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Havard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.
Semasa di Universiti Havard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yg aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yg kuat di Amerika ASyarikat (AS) dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yg pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Penubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS. Asas utama pertubuhan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yg benar-benar memahami idea, nilai dan etika yahudi.
Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yg dilontarkan oleh Joel Leyden yg memanfaatkan sepenuhnya Facebook untuk menyokong tentera Israel semasa perang di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Israel.
Leyden mencipta Facebooknya sendiri tiga jam selepas serangan pertama yg dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi Facebook dia membakar semangat tentera Israel yg mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.
Kenalan menyertainya mencapai 17,000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan Facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di semenanjung Gaza. Berserta dengan video You tube, Leyden cuba memberi penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk di Gaza yg dilabelkan sebagai pengganas Islam.
Lain pula kisahnya di Indonesia. Kumpulan Cyber Jihad yg diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad yg memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak 'diizinkan' untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yg cukup lantang, telah menarik perhatian pihak pengurusan Facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yg dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.
Di Indonesia, Facebook yg dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahliah yg paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila Facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik Mark Zuckerberg yg juga anggota Alpha Apsilon Pi.
Soalnya, kenapa Facebook milik Leyden tidak disekat tetapi Facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yg hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing.
Menurut Rizki, pendapatan Facebook datang dari iklan yg banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yg terdapat di dalam Facebook mempunyai sistem yg berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ade 1,000 orang yg klik pada iklan itu maka Facebook akan memperolehi pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.
Jika itulah jumlah wang yg diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula yg disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja pada Facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza!!!
MasyaAllah,kita terlalu alpa dengan Dunia. Sama2 muhasabah diri kita dan masih belum terlambat untuk berubah....
Sumbangan Tulisan:IMRAN BIN JAAMAT
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
knp ltak nma ana...
kan blog enta...
apa2 pun syukran
sbb menambahkan media
utk mnyampaikan mklumat ini...
Tabarakallah....
salam-
satu soalan.
kalau friendster dimiliki oleh seorang lelaki yg KEBETULAN berbangsa Yahudi (tidak kira dia menyokong pendudukan Israel ke atas Gaza atau tak) dan digunakan oleh 'a random guy' untuk menyebar sentimen anti-Islam, dan kebetulan admin Friendster telah block satu group yang dianggap subversif yg KEBETULAN berbangsa Islam,
maka kita semua pun patut melabel Friendster pula sebagai perosak Islam?
terlalu senang untuk beremosi kalau agama digunakan sebagai topik perbincangan
pls read the article at Saifulislam.com
on Facebook : Pro dan Kontra
jazakallah
erm.... maybe we can keep the account, and NOT click on any advertisements... klu mcm tu xde la menyumbang duit kan? boleh x camtu?
huh!~
pemandangan yg cetek
bukan smua org yahudi sokong serangan ke atas gaza.
-sunnah followers-
selidik juga majalah al-islam tu, ada yang mendukung liberalisme. maaf kalau silap.
skadar pengetahuan diri.
begitulah kalau kita dah susah nak tinggalkan facebook, walaupun dah terang2 orang yahudi yang cipta n salurannya digunakan untuk membunuh rakyat palestin, selagi itu kita akan mempertahankan facebook..facebook memang dah jadi sebahagian hidup..sebab itula kita selagi boleh nk defend ape yg dh susah untuk ditinggalkan..memang itulah yang "mereka" mahukan..fikirlah sejenak saudara semuslimku..
Memang xdinafikan kadang2 al-islam ni meragukan..sy pernah terigt satu artikel yang dikeluarkan al-islam tentang pemakaian tudung yang didakwa tidak wajib dipakai..tetapi kita xbolehla jadikan itu sebagai alasan untuk sokong facebook..tu seolah-olah macam nak ubah topik lain..same juga macam en. dzafarin ckp psl friendster..kalau betul dakwaan en dzafarin kita tolak dua2 facebook n friendster skali..bagi majalah al-islam tu, kita buang yang keruh ambil yang jernih..
thanx atas perkongsian...
moga Allah merahmati kita...
Tudung tak wajib pakai.......tapi aurat wajib tutup
Post a Comment