Friday, April 16, 2010

Fatrah Imtihan



Apabila kengkawan celikkan mata pagi tadi apa yang terlintas difikiran?

Kerja?
Baju tak sterika?
Qiam?
Nak makan apa sarapan nanti?
Solat subuh belum lagi?
Homework?
Syoknya nak bercuti?
Nak tidur balik?
Nak berus gigi dulu baru nak cakap?

Macam-macam ada.... inilah warna-warni kehidupan...

Namun, dalam banyak-banyak yang anda fikirkan, yang mana tak sah kalau tak diselesaikan?
Yang mana keperluan dan yang mana kehendak?
Yang mana wajib dan mana yang sunnat?

Cuba fikirkan...

Pernah anda terlewat bangun, dah dekat waktu bekerja... baju belum disterika... tapi pergilah jugak biar baju kedut seribu, asalkan bos tak marah? Ke anda sanggup lewat demi untuk men'sterika' baju dulu? takut bos ko takut tak "hensem"?

Bagi yang masih belajar. Bangun terlewat dah satu hal, homework pulak tak siap lagi. Sanggup dimarahi guru atau sanggup tak pergi kelas?

Samalah kita dengan tuhan.... kita takut ada yang sanggup tak solat, kerana takut terlewat kerana dimarahi bos....

Agaknya yang manakah kecintaan dan keutamaan kita....?

p/s: ada yang tak gosok gigi kerana takutkan bos?
______________________________________________

Salam..
Sudah lama blog ini tidak berupdate. Maaf pada semua,salah dalam pengurusan masa yang agak kelam kabut. Mungkin juga tidak keberkatan dalam masa saya. Nauzubillah.
Imtihan menjelma lagi. Pejam celik pejam celik masih rupa saya bakal menamatkan Tahun Satu saya di sini. Begitu pantas masa berlalu sehingga saya lupa hari-hari yang berlalu. Doakan saya moga diberikan kemudahan dalam meneruskan hidup disini.
Bukan mudah perjalanan hidup ini pasti ada dugaan dan cabaran yang menanti. Masa yang akan menentu bila ujian dan cabaran itu datang. Suka berkongsi pesan seorang Abi yang bolehkan Muhasabah..

"Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.
Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?
Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...
Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..
Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu.."
 
Apatah lagi dalam berjuang pasti akan ada mehnahnya. Ketika Negara dilanda Isu APCO;yang merupakan proksi Yahudi,pertemuan BELIAU dengan Obama menimbulkan seribu tanda tanya kepada sesiapa  sahaja. Terbaru Malaysia baharu sahaja menyekat export minyak ke Tehran yang merupakan negara Islam. Apakah tindakan Beliau selepas ini. Mungkin juga Tanah Airku sudah menjadi atau memang menjadi tali barut Yahudi. "Ya Allah lindungilah ummat Islam dan Negara ummat Islam dari kekejaman Yahudi Laknatullah." Di Mesir pula baru-baru ini heboh dengan masalah sosial yang sedikit sebanyak menjadi fitnah kepada mereka yang menuntut di sini. Moga kepimpinan PMRAN(Tahniah buat  yang baru PMRAN;80 Tahun) juga PERUBATAN akan menyuntik semangat yang baru bagi  membawa Mahasiswa dan Mahasiswi di sini ke arah yang lebih baik dalam perjalanan  menuju Mardhotillah.

Sedikit sebanyak perkongsian sekitar yang termampu.
______________________________________

Doakan saya di imtihan ini. Mohan maaf pada semua. InsyaAllah akan kembali sebaik sahaja tamat imtihan saya. Moga saya ketemui keizzahan dalam perjuangan ini.Buat sahabat saya di Malaysia biltaufik wa najjah untuk kalian. InsyAllah doa mengiringi kalian semua.

Tawadu'nya seorang pemimpin juga ulama'.